Perkahwinan dan anak Cik_Puan_Besar_Kalsom_Abdullah

Cik Puan Besar Hajjah Kalsom berkahwin dengan Sultan Ahmad Shah pada 14 Mac 1991. Beliau kemudiannya dikurniakan gelaran Yang Mulia Cik Puan Kalsom Abdullah.

Pada 30 September 1992, beliau telah dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom oleh paduka suaminya KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Beliau dan Tuanku Sultan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahad Mua'adzam Shah.

Selepas kemangkatan suaminya pada 22 Mei 2019, anakanda tirinya Al-Sultan Abdullah telah berkenan mengurniakan gelaran Yang Amat Mulia Cik Puan Besar Hajjah Kalsom Abdullah kepada beliau.[1] Gelaran ini diperuntukan kepada balu Almarhum Sultan yang bukan berketurunan raja.